Carian

Liga Super 2010 : LS6

Malam tadi 6 lagi perlawanan liga super LS6 dilangsungkan. Manakala 1 perlawanan ditangguhkan Johor FC bertemu KL Plus FC. Dua perlawanan berlangsung diutara yang mana menyaksikan pertemuan diantara Kedah bertemu Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan. Manakala Perak bertemu Kelantan di Stadium Perak, Ipoh. Satu perlawanan berlangsung dipantai timur membabitkan pasukan T-Team bertemu Perlis. Lagi 3 perlawanan berlangsung di zon tengah tanahair membabitkan Selangor bertemu Johor, Kuala Lumpur bertemu Pahang dan Negeri Sembilan bertemu Terengganu.

Keputusan malam tadi menyaksikan 3 tuan rumah menang, dua seri dan 1 kalah. Di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang, Kedah merapatkan jurang dengan pendahulu liga dengan mencatatkan kemenangan menewaskan Pulau Pinang dengan 3-0. Gol-gol kedah dijaringkan oleh Azmi Muslim, Azlan Ismail dan Saramsak Kram. Kesemua gol dijaringkan pada separuh masa kedua.

Di Stadium Perak, Ipoh, Skuad Seladang seri 0-0 dengan Kelantan. Manakala Kuala Lumpur juga seri dengan Pahang 1-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Pahang terlebih dahulu mendahului tuan rumah dengan jarigan Mohd Azamuddin Akil pada separuh masa pertama sebelum disamakan oleh jaringan Mohd Badrul Hisyam Azmi pada separuh masa kedua.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team menewaskan Perlis dengan jaringan 1-0. Gol T-Team dijaringkan oleh Mohd Harris Safwan. Manakala di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi pula menyaksikan rekod tanpa kalah Terengganu lebur ditangan Negeri Sembilan. Terengganu terlebih dahulu membuka jaringan pada separuh masa pertama melalui Joseph Kallang Tie. Sebelum Idris Karim menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua. Gol kemenangan Negeri Sembilan pula disumbangkan oleh Joseph Kallang Tie setelah menjaringkan gol sendiri diakhir perlawanan. Manakala di Stadium Shah Alam pula Selangor membelasah Johor dengan 6-0. Pada separuh masa pertama Selangor mendahului 3-0 melalui jaringan Mohd Amirulhadi Zainal dan 2 gol dari Mohd Safee Sali. Pada separuh masa kedua Selangor menambah 3 lagi jaringan melalui jaringan Mohd Razman Roslan,Mohd Amirulhadi Zainal dan Safiq Rahim.



Liga Super 2010



0 comments:

Post a Comment

Berita Bola

  • Sabtu, 21 Oktober 2017 Stadium Larkin, Johor 9.00 Malam. Kelebihan jaringan di tempat lawan buat pasukan Johor Darul Takzim membuatkan pasukan Perak terpak...
    2 days ago
  • 5th Asian Indoor Games Ashgabat 2017 16 – 26 September 2017 Ice Palace, Ashgabat, Turkmenistan Men’s Futsal First Round Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Ku...
    3 weeks ago
  • Keputusan Perlawanan Liga Super | 21 Februari 2015 Result | Malaysian Super League Matchday 3 Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen t...
    2 years ago
  • Insiden balingan mercun dan pembakaran suar oleh Ultras Malaya menjadi tumpuan dalam aski persahabatan Malaysia lawan Filipina di Stadium Selayang, malam t...
    3 years ago
  • Georgetown - Perlawanan pusingan kedua Liga FAM sekali lagi menemukan pasukan setempat iaitu Pulau Pinang menentang PBAPP FC yang berlansung petang tadi be...
    4 years ago
  • Jaringan Kedah - Baddrol Bakhtiar minit ke 5 dan 27 Jaringan Johor - Mohd Izuan pada minit ke 65
    4 years ago
  • *NAVIBANK SAIGON 1* Edison Fonseca Pulgarin (m-34) *KELANTAN 2* Indra Putra Mahayuddin (m-80) Mohammad Ghaddar (m-83) *HO CHI MINH CITY* – Laluan ke pusing...
    5 years ago
  • SELANGOR berdepan kemungkinan terpaksa mengharungi 10 lagi perlawanan dengan hanya bersandarkan penyerang tempatan andai Sijil Perpindahan Antarabangsa (I...
    5 years ago
  • Sir Alex Ferguson (kiri) menyatakan sesuatu kepada maskot MUFV, Fred the Red di Old Trafford, Manchester pada 18 September lalu. -------------------------...
    6 years ago
  • Keputusan Undian Suku Akhir & Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 yang berlangsung di Nyon, Switzerland sebentar tadi. Undian menyaksikan juara...
    6 years ago
  • JOHOR (2) VS (1) SABAH Jengking bertahta di carta liga, Sabah nyata bukan tandingan Johor pada saingan liga apabila tewas digelanggang sendiri. Aksi pada b...
    8 years ago