Carian

Keputusan Liga Super LS1

Selangor membuka tirai bola sepak Liga Super musim ini dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam ini.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas Idris Karim menanduk masuk bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-27.

Perlawanan sumbangsih itu turut disaksikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Besar Tampin Syed Razman Syed Idrus Al Qadri, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selepas rehat, pasukan ”The Red Giant” bimbingan K. Devan bangkit memberi asakan bertalu-talu dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Safee Sali dan berselang tujuh minit kemudian, D. Surendran berjaya menyumbat gol kemenangan buat Selangor.



Liga Super (1) 9-Januari 2010
Stad. Tunku Abdul Rahman, Paroi
N.Sembilan 1 VS 2 Selangor
Idris Karim (23)
Safee Sali( 77), D.Surendran (84)


Stad. Bolasepak K.Lumpur, Cheras
K.Lumpur 1 VS 1 T-Team
Mohd Raimi Mohd Nor (40)
Mohd Haris Safwan (42)

Stad. MBPJ, Kelana Jaya
Plus FC 3 VS 1 P.Pinang
Mohd Fadzli Shaari (48),
Mohd Lot Abu Hassan (57),
Mohd Nazrin Mohd Nawi (90)

Mohd Failee (1)


Stad. Darulmakmur, Kuantan
Pahang 2 VS 1 Perak
Mohd Shahrizan (31) ,
Azamudin Akil (49)

Mohd Nazri Mohd Kamal (21)

Stad. Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
T'Ganu 0 VS 0 Kelantan

Stad. Tan Sri Hassan Yunos, Larkin
Johor 0 VS 3 Kedah


Azlan Ismail (32 , 81 , 88)

Stad. Utama Negeri, Kangar
Perlis 0 VS 1 Johor Fc


Riduwan Ma'on (60)

P/s: Kepada yang ada senarai penjaring gol yg tidak diketahui itu sila emailkan kepada: ligasuper2010@gmail.com


Liga Super 2010



0 comments:

Post a Comment

Berita Bola

  • 29 Feb 2024 Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) dan Mitsubishi Electric melancarkan identiti jenama baru untuk ASEAN Mitsubishi Electric Cup™ 2024 Singapura...
    4 weeks ago
  • ช่วงนี้ใกล้ถึงการแข่งขันฟุตบอลโลกปี 2022 แล้ว และแน่นอนว่า ตอนนี้เป็นช่วงที่ทีมต่าง ๆ เริ่มเปิดโผรายชื่อนักเตะที่จะส่งลงสนาม และเป็นช่วงเวลาที่ใคร ๆ หลาย...
    1 year ago
  • *Harimau di bumi Thailand.* 1. Omar Amir Khata - Chanthaburi FC (2012) 2. Chun Keng Hong - Chanthaburi FC (2012) 3. Suhaidi Akmal - Chanthaburi FC (2012) ...
    4 years ago
  • Insiden balingan mercun dan pembakaran suar oleh Ultras Malaya menjadi tumpuan dalam aski persahabatan Malaysia lawan Filipina di Stadium Selayang, malam t...
    10 years ago
  • Georgetown - Perlawanan pusingan kedua Liga FAM sekali lagi menemukan pasukan setempat iaitu Pulau Pinang menentang PBAPP FC yang berlansung petang tadi b...
    10 years ago
  • Jaringan Kedah - Baddrol Bakhtiar minit ke 5 dan 27 Jaringan Johor - Mohd Izuan pada minit ke 65
    11 years ago
  • *NAVIBANK SAIGON 1* Edison Fonseca Pulgarin (m-34) *KELANTAN 2* Indra Putra Mahayuddin (m-80) Mohammad Ghaddar (m-83) *HO CHI MINH CITY* – Laluan ke pusing...
    11 years ago
  • SELANGOR berdepan kemungkinan terpaksa mengharungi 10 lagi perlawanan dengan hanya bersandarkan penyerang tempatan andai Sijil Perpindahan Antarabangsa (I...
    12 years ago
  • Sir Alex Ferguson (kiri) menyatakan sesuatu kepada maskot MUFV, Fred the Red di Old Trafford, Manchester pada 18 September lalu. -------------------------...
    12 years ago
  • Keputusan Undian Suku Akhir & Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 yang berlangsung di Nyon, Switzerland sebentar tadi. Undian menyaksikan juara...
    13 years ago
  • JOHOR (2) VS (1) SABAH Jengking bertahta di carta liga, Sabah nyata bukan tandingan Johor pada saingan liga apabila tewas digelanggang sendiri. Aksi pada b...
    14 years ago