Carian

Liga Super 2010 : LS2

Liga Super diteruskan lagi dengan perlawanan yang kedua membabitkan 8 pasukan untuk 4 perlawanan hari ini. Lagi 3 perlawanan dijadualkan berlangsung esok. Di Stadium Shah Alam, The Red Giant Selangor bimbingan K.Devan melayan skuad ibu kota bimbingan Mohd Razip Ismail jam 8:45mlm ini.

Perak yang kecewa minggu lalu ditangan Pahang, melayan Sang Penyu di Stadium Perak, Ipoh pada jam 8:45mlm. Pastinya peminat-peminat skuad yob mengharap sesuatu apabila mereka bermain dihalaman sendiri disamping untuk melihat mata pertama skuad yob dibawah bimbingan Raja Azlan Shah. Bagi Terengganu, seri dengan Kelantan minggu lalu dihalaman sendiri menguatkan semangat mereka sekurang-kurangnya mencuri 1 mata ditempat lawan. Terengganu dibimbang oleh jurulatih Irfan Bakti sememangnya mengharap yang terbaik hari ini.



Skuad Pulau Mutiara harimau kumbang pula melayan kunjungan Tok Gajah Pahang di Stadium Batu Kawan pada jam 8:45 malam ini. Skuad bimbingan Hj Mohamad Bakar yang mana rata-rata dibarisi pemain-pemain muda dan beberapa senior pastinya akan memberi cabaran untuk mata pertama mereka dalam Liga Super ditempat sendiri. Tok Gajah Pahang pula pastinya ingin meneruskan rentak kemenangan mereka. Pahang yang dibimbing oleh bekas pemain kebangsaan Dollah Salleh pastinya akan memberi tentangan kepada skuad Pulau Mutiara ini.

Di Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pula pertembungan diantara dua pencabar baru Liga Super musim ini T-Team dan KL Plus FC pada jam 8:45 malam ini. KL Plus dibimbing oleh Mat Zan Mat Aris ditangga kedua liga ketika ini pastinya ingin mencari mata penuh ditempat lawan bagi mengukuhkan kedudukan mereka dicarta liga. T-Team yang dilatih oleh Che Ku Marzuki pula pastinya ingin mencari mata penuh ditempat sendiri setelah berjaya mengikat K.Lumpur ditempat lawan.


Liga Super LS2
12 Jan 2010
Selangor
VS
K.Lumpur Stad. Shah Alam 8:45 mlm
Perak
VS
T'Ganu Stad. Perak, Ipoh 8:45 mlm
P.Pinang
VS
Pahan Stad. Batu Kawan, P.Pinang 8:45 mlm
T-Team
VS
Plus FC Stad. Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 8:45 mlm


Pada keesokannya pula pada 13 Jan 2010, Skuad bimbingan Ahmad Yusof skuad kenari hijau kuning melayan kunjugan adik mereka Singa Utara bimbingan Mohd Nidzam Adzha Yusoff di Stadium Darulaman Alor Setar pada jam 8:45 malam. Perlawanan ini pastikan menyajikan pertembungan yang menjadi tumpuan minggu ini. Stadium Darulaman pastinya akan dipenuhi penyokong-penyokong Hijau Kuning yang ingin menyaksikan kelibat penjaring terbanyak mereka ketika ini iaitu Azlan Ismail yang melakukan hatrik minggu lepas. Skuad Singa Utara pula pastinya ingin mencuri 1 mata dihalaman abang mereka.

Skuad The Red Warriors Sang Kijang bimbingan bekas jurulatih kebangsaan B.Sathianathan akan menanti kunjungan Skuad Jenking Johor bimbingan Nasir Yusof di Stadium Sultan Mohammad Ke-4, Kota Bharu pada jam 8:45 malam. Sang Kijang pastinya menggunakan kelebihan bermain ditempat sendiri disamping skuad yang dibarisi bekas-bekas pemain-pemain kebangsaan pastinya menyajikan sesuatu yang terbaik untuk peminat-peminat bolasepak Che Siti Wan Kembang ini.

Di Stadium Jcorp Pasir Gudang pula, Skuad Sang Lebah bimbingan Ramlan Rashid melayan Juara Piala Malaysia musim lepas skuad Hoben Jang Hoben bimbingan Wan Jamak Hassan pada jam 8:45 malam esok.

Liga Super LS2
13 Jan 2010
Kedah
VS
Perlis Stad. Darulaman, Alor Setar 8:45 mlm
Kelantan
VS
Johor Stad. Sultan Mohammad Ke-4, Kota Bharu 8:45 mlm
Johor FC
VS
N.Sembilan Stad. Jcorp, Pasir Gudang 8:45 mlm


Liga Super 2010



1 comments:

frank said...

Hi, I came across your site and wasn’t able to get an email address to contact you about some broken links on your site. Please email me back and I would be happy to point them out to you.

Thanks!

Frank
frank641w@gmail.com

Post a Comment

Berita Bola

  • Sabtu, 21 Oktober 2017 Stadium Larkin, Johor 9.00 Malam. Kelebihan jaringan di tempat lawan buat pasukan Johor Darul Takzim membuatkan pasukan Perak terpak...
    2 days ago
  • 5th Asian Indoor Games Ashgabat 2017 16 – 26 September 2017 Ice Palace, Ashgabat, Turkmenistan Men’s Futsal First Round Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Ku...
    3 weeks ago
  • Keputusan Perlawanan Liga Super | 21 Februari 2015 Result | Malaysian Super League Matchday 3 Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen t...
    2 years ago
  • Insiden balingan mercun dan pembakaran suar oleh Ultras Malaya menjadi tumpuan dalam aski persahabatan Malaysia lawan Filipina di Stadium Selayang, malam t...
    3 years ago
  • Georgetown - Perlawanan pusingan kedua Liga FAM sekali lagi menemukan pasukan setempat iaitu Pulau Pinang menentang PBAPP FC yang berlansung petang tadi be...
    4 years ago
  • Jaringan Kedah - Baddrol Bakhtiar minit ke 5 dan 27 Jaringan Johor - Mohd Izuan pada minit ke 65
    4 years ago
  • *NAVIBANK SAIGON 1* Edison Fonseca Pulgarin (m-34) *KELANTAN 2* Indra Putra Mahayuddin (m-80) Mohammad Ghaddar (m-83) *HO CHI MINH CITY* – Laluan ke pusing...
    5 years ago
  • SELANGOR berdepan kemungkinan terpaksa mengharungi 10 lagi perlawanan dengan hanya bersandarkan penyerang tempatan andai Sijil Perpindahan Antarabangsa (I...
    5 years ago
  • Sir Alex Ferguson (kiri) menyatakan sesuatu kepada maskot MUFV, Fred the Red di Old Trafford, Manchester pada 18 September lalu. -------------------------...
    6 years ago
  • Keputusan Undian Suku Akhir & Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011 yang berlangsung di Nyon, Switzerland sebentar tadi. Undian menyaksikan juara...
    6 years ago
  • JOHOR (2) VS (1) SABAH Jengking bertahta di carta liga, Sabah nyata bukan tandingan Johor pada saingan liga apabila tewas digelanggang sendiri. Aksi pada b...
    8 years ago