KUALA LUMPUR - Meraih kejuaraan Piala Malaysia tahun lepas hanya satu sejarah dan Negeri Sembilan harus memandang ke hadapan bagi memburu kejuaraan musim 2010.
Itu kata pemain berpengalaman Negeri Sembilan, Shukor Adan menjelang perlawanan Piala Sultan Ahmad Shah Sabtu ini menentang bekas pasukan, Selangor.
Shukor berkata, perkara yang lalu sudah menjadi sejarah dan mereka harus memulakan sasaran musim baru dengan memburu kejuaraan lain.
"Melihat persiapan kami sekarang ini, semuanya berjalan lancar dan di saat-saat akhir ini kami bertambah bersemangat untuk turun beraksi di gelanggang sendiri, menanti kunjungan pasukan Selangor," katanya ketika dihubungi semalam.
Jelasnya, agak terlalu optimis untuk meletakkan sasaran muncul juara Piala Sumbangsih Sabtu ini kerana apa-apa pun boleh berlaku, walaupun mereka akan beraksi di gelanggang sendiri.
"Kami akan cuba beraksi sebaik mungkin dan menjadikan perlawanan menentang Selangor ini sebagai titik permulaan untuk meneruskan saingan dalam Liga Super dan Piala FA dengan lebih cemerlang.
"Sekurang-kurangnya, kami boleh mencapai sesuatu dalam perlawanan tersebut dan mengukur tahap kami sebelum mengharungi musim 2010 ini," kata bekas ketua pasukan Selangor itu.
Ditanya mengenai kekuatan pasukan Selangor, Shukor mengakui sendiri lawan yang bakal ditemuinya Sabtu ini bukan calang-calang pasukan lebih-lebih lagi dengan kehadiran beberapa pemain baru berpengalaman dan empat pemain dari skuad emas Sukan SEA Laos.
"Mereka mungkin dianggap pasukan pilihan dan kami lebih senang dengan label pasukan 'underdog' kerana kami tidak boleh mengharap kepada seorang dua pemain sahaja, kami perlu beraksi sebagai satu pasukan.
"Walaupun saya pernah beraksi bersama pasukan Selangor saya perlu melupakan apa yang berlaku sebelum ini dan terus fokus kepada perlawanan tersebut," kata pemain yang ditukar daro posisi tengah ke bahagian pertahanan itu.
Shukor berkata, keserasian pemain juga bertambah baik walaupun tanpa tiga tonggak utama Aidil Zafuan, Zaquan Adha Abd. Radzak dan S. Kunanlan yang mempunyai tanggungjawab besar bersama pasukan kebangsaan di perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
"Saya rasa tidak menjadi masalah jika kami hanya berlatih bersama dalam masa satu hari kerana kami sudah mengetahui kelebihan serta kekurangan antara satu sama lain selepas beraksi bersama musim lalu.
"Mungkin keserasian Zaquan dan penyerang baru dari Johor, Norizam Salaman masih belum diketahui kerana kedua-duanya tidak pernah berlatih dan bergandingan bersama.
"Bagaimanapun, saya berharap kedua-duanya dapat membantu antara satu sama lain dan menjadi gandingan serangan yang digeruni lawan," katanya.
Sumber: Utusan.com.my
Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 Surabaya, Indonesia Rk.Kumpulan APMSKJBPGMt
1.Indonesia3300142129 2.Cambodia310235-23 3.Timor Leste3102510-53
4.Philippines310227...
3 months ago
0 comments:
Post a Comment