KUALA TERENGGANU - Sasaran utama mahu muncul juara tidak kira dalam Liga Super, Piala Malaysia mahupun Piala FA.
Jika tercapai, habuan tidak terkira daripada kerajaan negeri Terengganu.
Begitulah harapan dan jaminan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kepada skuad Penyu untuk meneruskan perjuangan tahun 2010 bagi menggalas tugas berat mengembalikan maruah Terengganu untuk ketiga-tiga piala tersebut.
Katanya, para pemain tidak perlu bimbang tentang ganjaran yang akan diperolehi kerana mereka bakal menerima ganjaran setimpal dengan kejayaan yang dijulang.
"Kerajaan negeri bersedia membantu apa sahaja keperluan yang mereka mahukan namun apa yang penting pemain perlu pamerkan permainan yang terbaik selain mempunyai semangat juang yang tinggi dan berdisiplin.
"Jika tahun lalu kita sekadar di tempat kelima (Liga Super) dan separuh akhir Piala Malaysia, maka pada tahun ini kita mahu yang lebih baik. Kalau boleh, kita mahu muncul juara tidak kira dalam Liga Super, Piala Malaysia ataupun Piala FA..yang penting bawa piala pulang," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Makan Malam meraikan pemain-pemain Terengganu di Kuala Terengganu.
Dalam pada itu, Ahmad turut memberi peringatan kepada para pemain agar bersikap profesional ketika beraksi di padang.
Tegasnya, bagi memperbaiki tingkah laku pemain, pendekatan ini kemungkinan akan dilaksanakan.
"Saya mengesyorkan satu skim bonus akan diberikan kepada pemain yang hebat beraksi di padang tanpa dikenakan apa-apa tindakan disiplin.
"Contohnya, jika pemain tersebut dilayangkan kad merah atau kuning, bonus atau ganjaran mereka akan dikurangkan atau sebaliknya," jelasnya.
Tambah beliau, pemain perlu mencontohi kekuatan dan stamina pasukan antarabangsa.
"Jika di luar negara, pemain simpanan mereka mantap dan kehebatan mereka setaraf dengan pemain utama, namun sebaliknya di negara kita apabila pemain simpanan tidak cukup hebat untuk menggantikan pemain utama di setiap perlawanan.
"Justeru itu, saya berharap pasukan Terengganu musim baru ini tampil dengan semangat yang baru untuk terus menaikkan nama negeri ini," jelasnya.
Terengganu musim ini, bakal mempertaruhkan jurulatih barunya, Irfan Bakti di samping turut diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain baru dari luar.
Antaranya ialah Firdaus Mohd Faudzi dari pasukan Perlis, Joseph Kallang (Sarawak), Tengku Hasbullah Raja Hassan (KL PLUS), Ronny Harun (Kedah), Firdaus Faudzi (Perlis), Helmi Remeli (KM Naza) dan K. Rajan juga dari KM Naza.
Sumber: Utusan.com.my
Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 Surabaya, Indonesia Rk.Kumpulan APMSKJBPGMt
1.Indonesia3300142129 2.Cambodia310235-23 3.Timor Leste3102510-53
4.Philippines310227...
3 months ago
0 comments:
Post a Comment